Apa Itu I Cerve U?

I Cerve U merupakan gerbang maklumat hasil daripada kombinasi antara perkhidmatan dalam Sistem Maklumat Perancangan Pembangunan dan Profil Daerah (e-Merah) dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain secara online yang boleh diakses di seluruh negara. I Cerve U dirangkaikan ke peringkat kampung melalui Pusat Telecentre di seluruh negara.

I Cerve U bakal menjadi 'One Stop Centre' bagi semua perkhidmatan online melalui tema Singgah Sebentar, Selesai Semua.

Inisiatif yang dibangunkan pihak ICU JPM untuk membantu komuniti luar bandar melalui Portal I Cerve U. Ia merupakan gerbang maklumat bagi capaian informasi sesuatu daerah disamping menyediakan kemudahan jaringan capaian kepada perkhidmatan online Kerajaan.

Perkhidmatan Hingga Ke Pintu ( Services At The Door Step )
Mengintegrasi semua perkhidmatan sedia ada ( Online Services ) dan menyediakan kemudahan capaian kepada komuniti luar bandar melalui satu portal.

Mengoptimumkan Infrastruktur Sedia Ada
Ke arah penggunaan infrastruktur sedia ada dengan lebih optimum dan berkesan. Menggunakan jaringan prasarana Pejabat Daerah, Telecentre dan Pusat Khidmat sebagai pusat capaian maklumat.

Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan
Menjadi gerbang utama dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan cepat kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan ICT.

Merapatkan Jurang Digital
Memastikan setiap urusan dapat dicapai dan dilaksanakan di mana-mana sahaja tanpa sebarang halangan sempadan dan jurang.

Pelaksanaan

Pelaksanaan portal ini adalah selari dengan pelaksanaan Sistem e-Merah yang telah dibangunkan khusus untuk Pejabat Daerah di Malaysia.

ICU JPM bertindak sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama kementerian, agensi, Pejabat Daerah dan pihak swasta. Portal I Cerve U telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 4 September 2007.

 
 
JADILAH PENGGUNA BERDAFTAR SEKARANG >> DAFTAR